Tuesday, June 28, 2011

Betulkah ini ujian?

Allah menguji hamba-hambaNya
Bukan kerana benci
Bukan kerana menzalimi
Tetapi kerana sayang
Sayang melihat hambaNya dari terus tenggelam dalam jahiliah
Sayang melihat hambaNya dari terus tersasar dari hidayahNya

Dalam Surah terakhir, An-Nas 114:1
"Katakanlah aku berlindung kepada Tuhan yang menguasai manusia."

Daam bahas Arab, disebut "Rabb" yang bermaksud Allah yang Maha Penguasa
Di mana, Allah disini disebut sebagai hubungan yang erat antara ibu dan anak (of course lebih hebat dari mana-mana ibu didunia ini)
Allah beri kita nikmat- anggota badan, makanan, ahli keluarga, tempat tinggal etc
Macam ibu belikan anaknya pakaian, makanan, mainan etc
Allah sangat sayangkan hamba-hambanya.

Tapikan..
Pernah tak tengok mak marah anaknya yang kecil?
Emak itu tidak sayangkan anaknyakah? Bukan..
Emak itu sangat sayangkan anaknya, dan mestilah emak inginkan yang terbaik untuk anaknya
dan apabila anaknya buat silap, pasti emaknya memarahinya atau erti kata lain MENEGUR

Allah beri ujian supaya kita sedar yang kita sedang ditegur Allah
Sebab, bila kita leka dibuai nikmat Allah
Kita mungkin lupa siapa yang beri nikmat
Kita mungkin lupa siapa yang beri kelapangan

Subhanallah. Bila kita diberi ujian, mohonlah padaNya
"Doa is the strength of the Believer (orang yang beriman)"
And He love to hear His Servant's doa
Subhanallah..


No comments:

Post a Comment