Sunday, June 26, 2011

KMB, nafas baru

Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah

InsyaAllah, Allah sedang menggerakkan jari-jemari saya untuk menaip. Allah nak saya share something di sini, untuk pembaca yang entah ada, entah tidak.

Syukur sangat kepada Allah, sebab bagi peluang untuk kembali menjejakkan kaki ke KMB. TRip to KMB insyaAllah banyak mengajar saya untuk go further in this path InsyaAllah.

First task was to text adik2 (bilangan dirahsiakan). Gulp. Pada mulanya, saya agak kaku, nak cakap apa? Diorang x kenal saya, takkan tiba-tiba nak suruh datang surau? Macam tu je ke? huh???

Tapi Alhamdulillah, dengan guide seorang akhawat, saya cuba menaip mesej. Lama jugak fikir nak guna ayat yang macam mana. Saya cuba menjadi se-friend-ly mungkin. Alhamdulillah, response yang agak baik, ade beberapa yang membalas mesej tersebut, dan they made me happy. Ada yang nak datang, tp diorang balik rumah weekend tu. Huhu, silap saya, hantar lambat since it was already saturday. Perlu perbaiki itu!

Alhamdulillah lagi sekali, Allah permudahkan perjalanan say dan seorang akhawat ke KMB (walaupun ada sedikit problem dekat tol pembayaran, tp ok je). Mulanya ke rumah Dr Fuzi, 9.30am bertolak ke KMB. Jumpa akhawat2 yang lain. Sepatutnya, sesi bersma kami bermula jam 9.00 pg, tp hanya seketu adik je yang muncul.

Akhawat2 ni nak pergi blok, ketuk pintu mereka! Subhanallah! Semangat mereka sangat tinggi! Saya masih lagi teragak2. Tapi saya cuba ikut, dengan niat nak cuba mantapkan diri ini. cuba sesuatu yang baru.

Alhamdulillah, Allah permudahkan segalanya. Saya jadi excited, especially bila berjumpa dengan adik2! Alhamdulillah. Allah bgai saya satu pengalaman baru, yang saya x pernah terfikir akan buat. Alhamdulillah.

Semuanya berjalan dengan lancar alhamdulillah. Ramai yang hadir. Dan feedback merek sangat mengagumkan saya! Mereka sedia untuk ditarbiyyah insyaAllah. Fitrah manusia tidak pernah lari dari inginkan kebaikan. Alhamdulillah. Thank you Allah for this tarbiyya.

Tarbiyya untuk saya, saya tidak mahu untuk terus berada di takuk yang sama. Sya ingin maju. Saya ingin terus melaju. InsyaAllah. Apa yang kita buat, seperti yang dikatakan oleh seorang akhawat ialah NIAT. Kalau ada tazkirah tentang niat, silalah dengar, dan cuba amalkan, jikalau tidak mahu apa yang kita lakukan bagai debu-debu berterbangan. InsyaAllah :)

*KMB nafas baru, kerana adik2 ni mereka insyaAllah sedang cuba untuk diberikan nafas baru supaya lebih meningkatkan biah solehah, dan yang lebih penting hati mereka supaya sentiasa merasai kehadiran Allah. InsyaAllah :)

No comments:

Post a Comment